Selasa, 15 Februari 2011

aku dan hidupku...

Aku ingin jadi sepertinya...

                                                                    

Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

                                                                                      

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

Khamis, 3 Februari 2011

the angel of yours....

Malaikatmu.....


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi:
 "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa.. kasih sayang dan pengorbanan seorang IBU. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia dan akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu....

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikan! lah walau satu ayat"

Rabu, 2 Februari 2011

Faculty of Economic and Muamalat

assalammualaikum w.b.t....my fact,,,,,USIM,,,,



Fakulti Ekonomi & Muamalat

LATAR BELAKANG 

Bagi mencapai matlamat yang direncanakan serta untuk meluaskan skop pengajiannya, USIM telah menubuhkan Fakulti Ekonomi dan Muamalat pada tahun 2001 dan mula mengambil kumpulan pelajar sulungnya bagi satu program baru iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat Dengan Kepujian pada bulan Mei 2002. Adalah diharapkan, Fakulti ini menjadi satu lagi wadah untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan, mahir dan profesional dalam bidang pentadbiran muamalat. Di samping itu, Fakulti ini juga diharapkan akan dapat mengembangkan lagi syiar Islam dengan membuka ruang kepada para penyelidik dan pendidik untuk mengkaji, menyelidik dan menyebarkan pengetahuan berkaitan dengan ekonomi Islam dan muamalat.

Bidang pentadbiran Muamalat merupakan salah satu bidang yang dituntut dalam agama Islam sejak zaman Rasulullah lagi. Di samping memberi panduan kepada umat Islam tentang perhubungan mereka sesama manusia, bidang muamalat juga berperanan untuk menyusun dan mengatur struktur serta perjalanan pentadbiran dan pengurusan manusia.

Kemajuan sesebuah masyarakat itu akan diukur bukan sahaja kepada tahap keimanannya tetapi juga terhadap usahanya di dunia. Masyarakat Islam moden dan progresif hari ini, tidak boleh mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dari segi tauhid dan syariah sahaja tanpa mempunyai ilmu muamalat, demi untuk kesejahteraannya di dunia dan juga di akhirat.

Firman Allah:
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagian di akhirat dan janganlah kamu lupakan bahagian kamu di dunia; dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berbuat kerosakan” (Al-Quran, al-Qasas 28:77).

***Maklumat ini ditelah dipetik terus dari laman Fakulti Ekonomi & Muamalat,